Luna Maya

Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia Di Hospital Gleanagle

BAPA kepada pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan Ebit lew meninggal dunia di Hospital Gleanagle. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ebit di media sosialnya sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham akan di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang dan kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer.

Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia Di Hospital Gleanagle

“Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana.

Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.

“Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.

Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah,” katanya..

Sebelum ini Ebit ada memberitahu bapanya menghidap kanser perut tahap akhir dan telah merebak.-SM

Leave a Reply

Your email address will not be published.