Luna Maya

Polis Minta Bntuan lnterpoI Kesan Nadir, Caprice Untuk DiambiI Keterangan Bantu Siasatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah meminta bantuan dari Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Menurut laporan Sinar Harian, mereka dikesan untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat seorang pendakwah terkenal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengatakan bahawa Caprice dan Nadir diminta untuk berhubung dengan pihaknya bagi tujuan siasatan.

“Kita sudah berbual (chat) dengan kedua-dua individu ini, namun tidak dibalas, jadi kita telah minta bantuan Interpol untuk kesan dan berhubung dengan mereka.

“Ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, kedua-dua individu tersebut diminta untuk memberikan kerjasama untuk merakam percakapan.

“Semua proses kita sudah laksanakan cuma rakaman percakapan kedua-dua individu ini masih belum dapat dijalankan.

“Kita minta kedua-dua ini dapat beri maklum balas secepat mungkin,” katanya.

Sumber Sinar Harian Via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published.