Luna Maya

Pemuda maut dalam kemaIangan kepaIa digiIis tayar Iori

TAMPIN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit nahas dengan lori di Kilometer 0.8, Jalan Tampin-Seremban, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.10 malam itu, mangsa, seorang pekerja kilang, Muhammad Dinie Arif Sali, 21, meninggal di lokasi kejadian selepas cedera parah di bahagian kepala akibat digilis tayar lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu lori jenis Volvo dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, S. Dullasi Nathan berkata, pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.49 malam.

Assalamualaikum..
Pg ni dpt perkhabaran atas kehilangan seorg adik @ rakan seperjuangan di tempt kerja..yaallah..terkejut rasanya..tp mati itu pasti..moga dinie tenang di sana..moga arwah di tempatkn dibkalangan org2 yg beriman..

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, mangsa telah berada di bawah tayar lori dan anggota bomba telah membantu pihak polis,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber utusan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *