Perkahwinan melibatkan dua negara seringkali memberikan pengalaman yang sangat menarik selain membuka mata kita tentang perbezaan budaya masyarakat lain dalam dunia.
Bagi Puan Afila Amir sendiri, kisah cintanya dengan Adama Mohamed Camara yang berasal dari Guinea, Afrika sejak 2019 lalu terus menjadi perhatian masyarakat Malaysia sehingga kini.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Alhamdulillah mereka semua layan Fila dengan baik walaupun cakap macam ayam itik
Terbaru, wanita tinggi lampai ini dikatakan mengikut suaminya pulang ke negara berkenaan untuk menetap di sana buat sementara waktu dalam masa sama menguruskan sebuah perniagaan. Bercakap tentang penerimaan keluarga mentua, Puan Fila amat bersyukur kerana semuanya memberi layanan yang cukup baik walaupun ada halangan dari segi bahasa pertuturan.
Fila tak duduk dengan mak mentua…Paling cepat nak ke sana, 21 jam
Sering membuat perkongsian saat menjalani kehidupan baru di sana, Fila juga menjelaskan dia tiduk duduk sebumbung dengan keluarga mentua. Malahan dikhabarkan jarak tempat tinggal mereka untuk menuju ke sana perlu memakan masa selama 21 jam.
Actually benda ni lama dah kami bincang dan rancang
Bercakap semula soal perancangan untuk tinggal di sana, nampaknya kedua-dua mereka sudah berbincang panjang tentang hal ini sejak dahulu lagi.
Malahan Fila menyifatkan komunikasi adalah hal terpenting dalam mencapai nilai tolak ansur dalam sebarang keputusan yang bakal dibuat.
Penjelasa Fila berkenaan jarak ke rumah metua yang mengambil tempoh masa 21jam tersebut menarik perhatian netizen.
Sila tonton video di bawah :
Fuhh 21 Jam pergi rmh mentua??
Semoga bahagia selalu Fila &Husband pic.twitter.com/Dyolm7DwFN
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) August 19, 2021
Pihak Buletin Malaysia mendoakan semoga hubungan Fila dan suami selalu bahagia ke anak cucu. Amin
Sumber: TikTok video terbaik & Instagram Filaamir
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber klmenjeritvideo