Luna Maya

Video: Baayi yg masih hidup ditemukan di celah pelepah sawit, diglgit kerengga. Kejadian berlaku di Sabah

Bayi lelaki(masih hidup) ditemukan dicelah pelepah sawit, digigit kerengga

Semporna: Seorang bayi lelaki dipercayai baharu lahir ditemukan dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Lahat Lahat, Jalan Tanjung Kapor, dekat sini, hari ini.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan bayi itu pada 11.30 pagi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Semporna bergegas ke lokasi kejadian.

“Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemukan dalam keadaan berbalut dengan tuala di celah pelepah sawit.

“Siasatan awal polis, kita percaya bayi seberat 2.85 kilogram itu baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemukan seorang lelaki yang juga penduduk kampung di situ yang kemudiannya menghubungi polis,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata, tiada sebarang dokumen ditemukan bersama bayi berkenaan dan dia dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan.

“Bayi itu dalam keadaan sihat kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak untuk pemantauan rapi dan akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi,” katanya.

Netizen turut meluah rasa kasihan dan geram terhadap pelaku yang membvang bayi tsebut.

Kalau tak nak bby tu letak la depan rumah org

Bagilah kat saya kalau taknak

Untuk Video penuh anda boleh lihat dengan KLIK BUTTON INI.

Pihak kami hanya menyediakan video pendek sahaja di bawah :

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.