Luna Maya

Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Kanan Perdagangan, Khairi Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelantikan barisan Jemaah Kabinet yang baharu.

Menerusi siaran langsung, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali  dilantik menjadi Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelantikan barisan Jemaah Kabinet yang baharu.

Menerusi siaran langsung, Khairy Jamaluddin secara rasminya dilantik menjadi Menteri Kesihatan.

Antara jawatan yang lain :

Kabinet : Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim

Kabinet: Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan

Kabinet: Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad

Kabinet: Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man

Kabinet: Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun

Kabinet: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Dr Maximus Johnity Ongkili

Kabinet: Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa

Kabinet: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican

Kabinet : Menteri Luar Saifuddin Abdullah

Kabinet: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Kabinet : Menteri Kanan – Menteri Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meletakkan syarat supaya kabinetnya membuktikan pencapaian kementerian masing-masing dalam masa 100 hari pertama menggalas tanggungjawab.

Dalam pengumuman kabinetnya hari ini, Ismail berkata setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka masa pendek dan panjang dalam untuk mencapai objektif yang disasarkan.

“Saya akan pastikan kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.

“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya dalam pengumumannya hari ini.

PM umum kabinet baru, tiada TPM

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan.

Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.

Tidak ada jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan.

Bagaimanapun, Ismail mewujudkan jawatan empat “menteri kanan” seperti mana yang pernah dilakukan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Antara yang dikekalkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Namun, antara pengumuman yang ditunggu-tunggu adalah Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin bertukar portfolio dengan Datuk Seri Adham Baba yang dilantik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Antara muka baharu adalah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Berikut senarai kabinet baru:

Menteri Kanan (Perdagangan, Antarabangsa dan Industri): Azmin Ali (Bersatu).
Timbalan: Lim Ban Hong (MCA).

Menteri Kanan (Pertahanan): Hishammuddin Hussein (Umno).
Timbalan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu).

Menteri Kanan (Kerja Raya): Fadillah Yusof (GPS).
Timbalan: Arthur Joseph Kurup (PBRS).

Menteri Kanan (Pendidikan): Mohd Radzi Md Jidin (Bersatu).
Timbalan: Mah Hang Soon (MCA), Eddin Syazlee Shith (Bersatu).

Menteri Kewangan: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Timbalan: Mohd Shahar Abdullah (Umno), Yamani Hafez Musa (Bersatu).

Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (Umno).
Timbalan: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu), Aaron Ago Dagang (GPS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba.
Timbalan: Ahmad Amzad Hashim (PAS).

Sumber Media & Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *