Luna Maya

Terkini: Azizah selamat jalani pembedahan buang tangan kanan, sepupu mohon doa orang ramai

PETALING JAYA: Tangan kanan seorang gadis berusia 17 tahun yang menjadi mangsa samun di Jalan Kuching menghala pusat bandar Khamis lalu terpaksa dipotong sehingga paras bahu kerana cedera parah dan mulai membiru.

Ketika kejadian, Siti Nur Azizah Syafriadi bersama teman lelakinya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang telah dikejar oleh tiga orang lelaki menaiki dua motosikal kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Tiga lelaki terbabit menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan itu sebelum menyamun mereka. Nur Azizah cedera di bahu kanan, manakala teman lelakinya cedera di muka dan badan dipercayai dipukul oleh suspek.

Menurut ahli keluarga Nur Azizah ketika dihubungi FMT berkata, doktor tidak dapat dapat menyelamatkan tangan kanannya yang sudah tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.

“Doktor buang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecemasan doktor sudah jahit saluran darah utama.

“Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran potong tangan,” katanya abang saudara mangsa yang enggan namanya disiar.

Pasangan kekasih disamun ketika cari rezeki, Azizah masih tak sedarkan diri dan tangan kanan terpaksa di ptg Pasangan kekasih disamun ketika cari rezeki, Azizah masih tak sedarkan diri dan tangan kanan terpaksa di ptg Pasangan kekasih disamun ketika cari rezeki, Azizah masih tak sedarkan diri dan tangan kanan terpaksa di ptg Pasangan kekasih disamun ketika cari rezeki, Azizah masih tak sedarkan diri dan tangan kanan terpaksa di ptg

Siasatan awal mendapati sspek yang terdiri daripada tiga orang lelaki dipercayai berbngsa Melayu telah meIarikan sebuah motosikal milik mngsa jenis Y15ZR berwarna ungu dan nombor pendaftarannya VFU 814.

Pasangan kekasih disamun ketika cari rezeki, Azizah masih tak sedarkan diri dan tangan kanan terpaksa di ptg

Nur Azizah yang kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan anak sulung kepada lima orang adik beradik.

Menurut abang saudara mangsa, selepas bapanya meninggal dunia, Nur Azizah yang tinggal di PPR Beringin Jinjang mengambil tanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan.

 

“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya, dia merupakan anak yatim dan dia disamun ketika sedang keluar cari rezeki,” katanya.

Tambahnya lagi, selaku abang saudara mangsa, dia sangat berharap agar tiga suspek berkenaan berjaya ditangkap dan mendapat hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.

“Kepada penyamun ingat ya… dia ada abang saudara yang masih hidup, mak saudara yang masih hidup, kami akan pastikan ketiga-tiga suspek mendapat hukuman setimpal dengan undang undang di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

Beh meminta agar saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.

Keadaan terkini Azizah

Sepupu kedapa Azizah memberitahu bahawa Azizah telah selamat menjalani pembedahan buang tangan. Azizah kini dalam keadaan stabil.

Beliau juga memohon jasa baik dari orang ramai agar terus mendoakan Azizah cepat sembuh.

“Assalamualaikum semua selamat tengah hari , new update …. Alhamdulillah sepupu saya selamat selesai pembedahan buang tangan alhamdulillah keadaan dia stabil mntk jasa baik korg smua mohon doakan dia agar dia cepat sembuh , terima kasih jugak kepada jasa korg yg byk mmbntu”

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kami mendoakan agar adik Azizah cepat sembuh dan sihat. Amin

Tonton video :

 

Sumber:Malaysia Gazzate, FMT, Twitter rabiii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *