Luna Maya

Azhan Rani Tegur Lelaki Ini Kerana Komen Tidak Beradap Tentang Pemergian Adibah Noor, Sekali Ini Respon Dari Lelaki Tersebut

Pelakon terkenal, Azhan Rani tampil bersuara gara-gara komen tidak beradab oleh seorang pengguna Facebook berhubung pemergian pelakon dan pengacara terkenal, Adibah Noor.

Menurut Azhan Rani di akaun Instagram miliknya, dia melayangkan pertanyaan akan perbuatan seumpama itu untuk mencari perhatian pada siapa?

Lelaki Itu Respond Selepas Netizen Banyak Kecam

Setelah teruk dikecam netizen, individu tersebut seolah olah tidak menarik balik kenyataan yang telah dibuat.

Dia juga memuat naik beberapa posting berkenaan netizen yang mengecam dia.

Satu posting terbaru daripada individu tersebut menaikkan kecaman netizen kepada diri dia.

“Makluman… Tuan FB ni dah meninggal dunia lepas subuh tadi… Doakan arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman…”

Antara Reaksi Netizen Di Ruangan Komen Posting Tersebut:

“Komen biarlah beradab jangan berlagak alim sangat. Tolong respek lah org yg sudah tiada. Esok2 ada kawan ko dan saudara mara ko meninggal then kami kutuk2 dan komen macam tu juga. Apa perasaan ko Badri ?! Ko ni confirm ker masuk syurga??” – Chris

“Jangan buat kerja Tuhan bro. Kau pon belum tentu mati macam mana dan masuk syurga ke tidak” – Edy

“kalau elok akhlak takde komen mcm tu bro. tu komen org yg biadap takde akal. Dgn org yg dah arwah pun nak buat musuh. Dasar perangai musibat.” – Eisha

Sumber Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.