Luna Maya

Awie ulas babak panas Zul Ariffin – “Benda boleh ditolak, tapi dia pilih sedap..”

Pelakon dan penyanyi rock legenda, Datuk Awie mengulas isu sensasi membabitkan aktor popular Zul Ariffin yang memuat naik klip video memaparkan babak ghairah di laman Instagram baru-baru ini.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi laporan Kosmo! Online, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, aktor tersebut boleh menolak tuntutan pengarah tetapi memilih bagi menjayakan babak berkenaan.

“Benda boleh menolak, tetapi dia memilih sedap. Itu dia gatal sebenarnya, dia terimalah benda tu kan (kritikan dan tindakan undang-undang),” katanya pada sebuah sidang media di Melaka hari ini.

Pelakon filem Hantu Kak Limah itu berkata, tindakan dilakukan aktor berusia 36 tahun itu seolah-olah ‘menconteng arang’ dalam industri seni apatah lagi negara masih belum mempunyai sifat keterbukaan.

“Pada saya, dia dah menconteng arang kepada industri yang berkonsepkan Islam khususnya di Malaysia kerana kita industri kita masih lagi tidak ada sifat keterbukaan dalam sudut sebegitu.

“Benda itu tak wajar, kalau nak buat, buatlah di Singapura ke, Indonesia ke, Filipina ke lainlah,” ulasnya lagi.

Terdahulu, Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin berkongsi ‘teaser’ lakonannya bersama pelakon baru Siti Hariessa menerusi drama berjudul Perempuan Itu sehingga mengejutkan warganet.

Meskipun sudah memadam klip video itu dan tampil memohon maaf, tindakan Zul mengundang padah apabila kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana posting yang menyalahi undang undang.

Sumber: Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya) , Instagram Awie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *