Luna Maya

Pernah Kahwin 5 Kali, Datuk 50 Tahun Nikah Dengan Gadis 14 Tahun Berharap lni Yg Terakhir

Seorang pengantin lelaki berusia 50 tahun viral di media sosial gara-gara dia berkahwin dengan seorang gadis bawah umur yang berusia 14 tahun di Lombok, Indonesia.

Kisah perkahwinan mereka itu dimuat naik oleh Indozone di TikTok yang memaparkan kedua-dua pasangan pengantin itu kelihatan begitu mesra serta tidak kekok antara satu sama lain.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Nur mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin sebanyak lima kali, namun rumah tangga yang dibina sebelum ini tidak bertahan lama kerana bekas isterinya meminta untuk bercerai.

Difahamkan, pada awalnya lelaki terbabit ingin mencari pasangan baru untuk dijadikan sebagai isteri sebelum dia dikenalkan dengan isterinya yang sekarang, Nia Safira.

Kedua-duanya bercadang untuk berkenalan selama setahun, namum memandangkan mereka sudah mulai jatuh cinta antara satu sama lain akhirnya membuat keputusan untuk bernikah selepas lapan hari berkenalan.

Dah kalau namanya sama-sama suka apa lagi. Tak ada yang boleh menghalang.

Dalam pada itu, si suami berharap agar perkahwinan yang dibina ini adalah perkahwinan yang terakhir buatnya.

Dulu saya bernikah dengan 3 janda lepas tu 2 anak dara dan penutup ni saya dengan anak dara juga.

Ini yang terakhir. Saya nikah dengan gadis bawah umur tapi kami saling mencintai.

Untuk Video Penuh : SILA KLIK DI SINI

Tonton Video :

Sumber Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.