Luna Maya

Atlet Malaysia jadi bualan netizen Thailand & China, dipuji kacak macam ‘oppa’

Atlet negara, Welson Sim tiba-tiba mengundang perhatian rakyat Thailand dan China sehingga tular di media sosial yang mewakili Malaysia bagi sukan renang kategori 200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki.

Semua bermula sewaktu acara perbarisan kontinjen ketika majlis perasmian di Stadium Olimpik di Tokyo, Jepun kelmarin yang disiarkan secara langsung di seluruh negara.

 

Menurut warganet di laman Twitter, perenang berusia 24 tahun itu kelihatan segak dan tampan walaupun memakai pelitup muka yang hanya menampakkan bahagian matanya.

ORANG THAI PUN MINAT?

DIA SANGAT KACAK!

Menerusi laman Weibo pula, beberapa individu memuat naik posting serta beberapa gambar perenang dari Kuching, Sarawak itu untuk tatapan umum.

Lengkap dengan persalinan tradisional Melayu

Meninjau ke laman Instagram miliknya, foto terbaharu Welson menerima lebih banyak tanda suka berbanding posting sebelumnya selain dihujani ratusan komen yang mengucapkan selamat berjuang dalam merebut pingat emas.

Welson mula mencuri tumpuan sejak Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017 apabila memenangi emas pertama dalam acara 400 meter (m) gaya bebas di pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Sumber OhMyMedia, Twitter , Weibo , Instagram Welson Sim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *