Luna Maya

Seorang lagi artis terkenal yg mempunyai bakat besar meninggalkan kita semua bersama suami dlm kmaIangan iaitu Vanessa Angel

SELEBRITI popular Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur tengah hari tadi.

Sempat merakam detik-detik terakhir di dalam kereta sebelum terlibat dalam kemalangan. Video tersebut mengundang sebak di kalangan peminat dan rakan artis.

RAKAMAN VIDEO TERSEBUT ADA DI AKHIR ARTIKEL

Memetik laporan portal berita Indonesia, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Daerah Jawa Timur, Gatot Repli Handoko berkata, tiga lagi penumpang lain dalam kenderaan sama hanya mengalami luka termasuklah anaknya, Gala Sky Ardiansyah yang kini dirawat di hospital berhampiran.

“Dua orang disahkan meninggal dunia, tiga orang mengalami luka-luka.

“Dua individu maut tersebut ialah Vanessa Adzania dan Febri Andriansyah,” katanya hari ini.

Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya.

Difahamkan, Vanessa dalam media sosialnya beberapa jam lalu dalam perjalanan ke Surabaya bersama keluarganya.

Semalam, Vanessa sempat memuat naik beberapa video meraikan ulang tahun kelahiran adik iparnya, Fuji.

Sementara itu, dalam Instagram, ramai selebriti terkenal Indonesia memuat naik ucapan takziah atas pemergian Vanessa dan suaminya seperti Ashanti, Ivan Gunawan dan Ayu Ting Ting.

Rata-rata peminatnya turut menzahirkan rasa sedih atas berita mengejut tersebut.

Untuk rekod, Vanessa dan Febri bernikah pada 11 Januari 2020 dan dikurniakan Gala Sky pada 14 Julai tahun lalu.

Video yang sempat dimuat naik sebelum kemalangan :

 

 

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Sumber media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *