NUR-SULTAN, KAZAKHSTAN – Seorang ahli farmasi dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana merogol seorang pelajar sebelum memenggal dan merebus kepala gadis itu di dapur kediamannya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
RAKAMAN VIDEO CCTV DI BAWAH SEKALI
Rakhmanberdi Torebekov, 28, membunuh Ayazhan Edilova, 19, secara kejam selepas mangsa pergi ke rumah suspek untuk mengambil ukuran badannya bagi menghasilkan sepasang sut.
Laporan menyebut bahawa suspek melakukan serangan seksual terhadap pelajar jurusan fesyen itu selepas mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.
Hakim Erkin Maishinov menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun kepada suspek.
Dia juga turut diperintahkan untuk membayar £34,000 (RM192,148) sebagai sebahagian daripada pampasan kepada keluarga pelajar itu. – AGENSI
Tonton Video :
Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.
Sumber : Kosmo
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah