Luna Maya

Enggan lngkar dengan suami, Ellie Suriaty sudah lengkap 2 dos vaksln

Selepas lantang menyuarakan pendapat tentang dan turut menyokong anak-anak tidak mengambil  vaksin Covid-19, akhirnya selebriti, Ellie Suriaty Omar mengakui sudah mendapat dua dos suntikan sekitar akhir tahun lalu.

Hal ini dinyatakan dalam laporan Kosmo! setelah mengakui tidak mahu ingkar dengan suaminya, Azri Iskandar yang sudah melengkapkan dua dos suntikan terlebih dahulu.

Enggan lngkar dengan suami, Ellie Suriaty sudah lengkap 2 dos vaksln

Menurut pelakon itu lagi dia mengambil suntikan vaksin kerana enggan ingkar dengan arahan suami tersayang, Azri.

“Saya ambil vaksin sebab Azri Iskandar. Dia dah bagi saya masa hampir dua tahun untuk meluahkan apa yang patut diluahkan (tentang vaksin Covid-19).

“Azri cakap pada saya dia dah beri saya dua tahun dan sudah sampai waktunya untuk saya ‘to call it quits’ (berhenti).

“Azri suami saya dan selagi dia masih lagi suami dan dia dah bagi saya tempoh (buat pertimbangan vaksin). Dia respek saya punya pendirian.

“Dah sampai masa saya kena ikut cakap suami. Sejujurnya, memang berperanglah sekejap dalam diri cakap ‘taknak vaksin’ tapi dia suami saya dan saya sangat menghormatinya.

“Apapun yang berlaku kepada diri saya dan anak-anak, dia yang kena tanggunglah,” ujarnya.

Enggan lngkar dengan suami, Ellie Suriaty sudah lengkap 2 dos vaksln

Tak hanya itu, Ellie, 52 turut menafikan dirinya merupakan antivaksin seperti yang diuar-uarkan oleh segelintir pihak susulan keberaniannya mengeluarkan pendapat sebelum ini.

“Kalau saya anti vaksin, dari dulu saya takkan cucuk apa-apa vaksin pun. Cuma, apa yang saya persoalkan tentang vaksin Covid-19 ini adalah tentang keberkesanannya kerana dibuat secara terburu-buru,” jelas Ellie.

Enggan lngkar dengan suami, Ellie Suriaty sudah lengkap 2 dos vaksln

Terdahulu, Ellie Suriaty merupakan antara artis yang menolak kuat pemberian vaksin dan menolak untuk diberi suntikan tersebut.

Walau bagaimanapun, suaminya sendiri iaitu aktor terkenal, Azri Iskandar secara senyap-senyap sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin atas alasan tuntutan kerja.

Tak hanya itu, dia juga mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis bersama anaknya sekitar hujung Ogos kerana membantah pemberian vaksin kepada pelajar-pelajar sekolah seperti yang disarankan pihak kerajaan.

Enggan lngkar dengan suami, Ellie Suriaty sudah lengkap 2 dos vaksln

Sumber: Ohmymedia,Kosmo! (Mohd. Haikal Isa)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *