Selepas lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu mengakui sedang mengenali seorang wanita.
Namun, Shuib dikecam oleh netizen apabila ada yang menyifatkan terlalu awal untuk dibicarakan mengenai perkara itu.
“Jadi, saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak pendapat orang.
“Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya yang ada dengan saya bukan netizen, tetapi keluarga saya.
Jika ssya menangis dan tertonggeng di rumah tidak ada netizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak..
Oleh sebab itu, saya hanya mahu fokus pada kehidupan saya sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib mengakui ramai wanita menghantar mesej untuk berkenalan namun dia tidak mengambil serius tentang perkara itu.
“Ibu setiap hari tanya, ada ke kawan yang boleh saya bawa berjumpa dengannya.
Ramailah wanita yang menghantar mesej menerusi laman sosial bertanya khabar, tetapi saya takut.
“Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak.
Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi.
Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” katanya.
Selepas kenyataan penyanyi Siti Nordiana, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida juga tidak terkecuali apabila terpalit usikan manja orang ramai dengan pelawak popular Shuib.
Menurut laporan Harian Metro, Vida berkata, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan Shuib apatah lagi pelawak tersebut memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya.
“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.
“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya.
“Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,” kata pemilik nama Hasmiza Othman itu.
Bagaimanapun, jutawan berusia 50 tahun itu mengakui perlu melalui proses perkenalan dan restu terlebih dahulu sebelum ke fasa yang lebih serius.
“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan.
“Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,” ujarnya.
Menerusi laporan sebuah portal sebelum ini, Shuib yang juga bapa tunggal kepada empat orang anak berkongsi ciri-ciri wanita idamannya iaitu manja dan pandai menyanyi.
Sumber:RotiKaya, Ohmymedia, Harian Metro