Luna Maya

“Banyak barang baby nak bagi dia..” AnzaIna mahu cari penghntar makanan gendong anak

Sikap prihatin ditunjukkan pelakon, Anzalna Nasir sekali lagi mencuri tumpuan apabila berhasrat ingin membantu seorang penghantar makanan yang mencari rezeki sambil menggendong anaknya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi satu perkongsian InstaStory, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.

Sementara itu, pelakon drama Dendam Aurora itu turut meluahkan penghargaan kepada pendakwah selebriti Ebit Lew yang segera tampil membantu selepas kisah rider berkenaan tular di media sosial.

“Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ebit Lew. Rezeki abang ni dapat motor baru,” kata Anzalna.

Hari ini, Ebit menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada bapa tiga anak itu selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa sekali ketika keluar bekerja.

“Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup. Menangis je masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa.

“Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta adik ni cari pengasuh untuk anaknya. Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih,” kongsi Ebit.

Kisah lelaki yang juga bapa tiga anak itu mengundang sebak ramai selepas seorang pengguna aplikasi TikTok, @abamskhai melihat kesungguhan ‘rider’ tersebut di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur sebelum bertanya lebih lanjut mengenai situasi sebenar.

“Alhmdulilah…. rezeki ank to moga lps ni lg baik dri sblom nya…baby to pas n xpyh berpanas berhujan dh ada org jagakan alhmdulilh uel…. kerana membantu brother ni apa pon wa raspet lu apa jua keadaan lo x tglkan tgungjwb susah mcm mne pon ko tetap pikul…xsmua laki blh buat ap ko buat skit pon ko merugut siap blh senyum lg dgn ujian ni…. terbaikkk ni rezeki ank ko bro apa yg akm dtg lepas ni lebih dri itu isyslh…..” – Aziz

“Berkat ikhlas, sabar, bertolak ansur dgn isteri dlm mencari rezeki si rider. Dari viral TikTok insan prihatin, d bantu pula insan2 mulia.. rezeki anak2 nya” – Chinta

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *