Luna Maya

Anggota poIis pukuI wanita dalam lif kerana tak dapat jodoh akhirnya dipindah tugas

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham dengan seorang wanita menjadi punca seorang penjawat awam bertindak memukul mangsa hingga cedera pada bahagian kepala, kelmarin.

RAKAMAN VIDEO TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Penjawat awam berusia 35 tahun tersebut naik berang apabila telah membuat bayaran RM2,500 kepada mangsa

yang merupakan isteri kepada sepupunya yang dikatakan sudah berjanji untuk mencari calon isteri di laman web Matrimony.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian berlaku pukul 10.30 pagi ketika penjawat awam itu berjumpa mangsa yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di pejabatnya di Jalan 2 Chan Sow Lin, dekat sini.

“Bagaimanapun tiada calon jodoh ditemui dalam tempoh masa enam bulan menyebabkan suspek naik angin lalu bertindak menyerangnya,” ujarnya.

Sepang: Anggota polis yang terbabit dengan kejadian pukul wanita di dalam lif di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, Selasa lalu, sudah dipindahkan tugas ke bahagian pentadbiran sementara siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, anggota berusia 35 tahun itu adalah detektif koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Saya mahu betulkan fakta, individu berkenaan bukan pegawai kanan polis tetapi detektif koperal yang bertugas di IPK Selangor.

“Susulan kes ini, kami mengambil tindakan serta-merta dengan memindahkan anggota terbabit dari tugas sebagai detektif kepada tugas pentadbiran sementara siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis Kuala Lumpur.

“Selain siasatan dari segi perlakuan jenayah, siasatan dari segi tatatertib turut dijalankan terhadap anggota terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang penjawat awam bertindak memukul seorang wanita di dalam lif di Jalan 2 Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, akibat berang gagal mencari calon jodoh di sebuah laman sesawang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar dipetik berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila suspek pergi ke pejabat wanita yang juga pegawai khidmat pelanggan syarikat penyedia platform mencari jodoh itu sebelum berlaku perselisihan faham.

Beliau dilapor berkata, siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan wanita berusia 34 tahun itu kerana dia sudah membayar RM 2,500 kepada mangsa untuk mencari calon jodoh di laman sesawang berkenaan namun tiada calon jodoh ditemui dalam masa enam bulan.

Sumber Kosmo, Harian Metro, Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *