Luna Maya

Anggota Cawangan Khas Bukit Aman Meninggal Dunia Rempuh Belakang Lori

Gombak: Anggota polis maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah lori yang rosak di Kilometer 445.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, dekat Rawang di sini, hari ini.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian kira-kira 6 petang, Sarjan Dino Subono, 46, bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ramai Kenalan Mengatakan Arwah Seorang Insan Yg Baik 

Menjengah ke ruang komen page Harian Metro, beberapa kenalan arwah turut berduka atas pemergiannya. Ada yang menceritakan kebaikan arwah semasa hayatnya.

“Arwah org yg baik. Berjemaah di surau dgn berjubah, kadang² berserban. Ya Allah, rahmati dan ampunilah dosa²nya.. aminn ” – Naz Shahir

“Sampai keluar news. Rama sayang incas. semoga ditempatkan bersama orang soleh cik. Alfatihah” – Naifana Amy

“Al-Fatihah untk Sarjan Dino..Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman. PDRM hilang lgi sebutir permata yg sngt penting dalam pasukan” – Saa Xulf

“Al fatihah…salam takziah…ramai kwn2 arwah dtg ziarah arwah dihospital sg buloh..xtahu pula arwah seorang anggota polis…yg mampu sumbang dkt arwah tunjukkan arah nak ke unit forensik bila kwn2 tanya je cik kat mana ya unit forensik..sy nak melawat kwn eksiden motor ptg td..xsangka berita ni..alhamdulillah..ramai kwn2 arwah bagi penghormatan terakhir” – Nor Azam

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *