Siapa yang tidak marah kalau anak yang kita tatang bagai minyak yang penuh dimarahi oleh orang lain sehingga menangis-nangis mengadu tentang insiden berkenaan.
RAKAMAN VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI
Namun begitu, sebagai ibu bapa, tidak seharusnya kita percaya bulat-bulat apabila mendengar aduan anak tanpa membuat sebarang siasatan terlebih dahulu.
Hal ini terjadi seperti beberapa perkongsian yang tular di media sosial apabila seorang wanita melepaskan kemarahan kepada pekerja-pekerja sebuah pasaraya selepas anaknya disyaki mencuri.
Insiden itu mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen kerana merasakan tindakan wanita itu sangat berlebihan disebabkan dia langsung tidak mahu mendengar sebarang penjelasan.
Dia juga terus terjerit-jerit memarahi para pekerja sambil melihat viewers di akaun Facebooknya sambil mencabar pekerja supaya membawanya ke balai polis.
Susulan daripada itu, rata-rata netizen merasakan tindakan wanita tersebut agak keterlaluan kerana begitu lantang memarahi orang lain tanpa mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak.
Ada juga sesetengah netizen yang memandang serong dengan mengatakan sudah tahu perilaku yang kurang beradap ditunjukan kanak-kanak itu datangnya dari orang tuanya sendiri.
Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak. Punca perkara tersebut berlaku turut tidak jelas kerana belum ada sebarang bukti atau kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak merujuk kepada video tular terbabit.
Sumber: FB Viral Apa Hari Ini, TikTok @real_life669