Luna Maya

Pelajar meninggal dunia dilanggar lari, leher terkena besi penghadang jalan

SEORANG pelajar perempuan maut manakala bapa dan abangnya cedera selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Tol Batu 3, di sini.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian itu, mangsa yang membonceng motosikal bersama abangnya dikatakan dalam perjalanan untuk ke sekolah sebelum dilanggar sebuah kereta yang kemudian terus melarikan diri.

“Si bapa cedera ringan, yang meninggal dunia adalah anak perempuannya. Si bapa menangis beritahu bahawa itu satu-satunya anak perempuan dia,” katanya.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu bapa mangsa mengesan pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab itu.

Ramai netizen yang bersimpati dan memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Namun dalam masa yang sama turut mempertikaikan penggunakan besi penghadang jalan yang dianggap membahayakan pengguna.

Sebelum ini, seorang pelajar perempuan dalam perjalanan ke sekolah pada awal pagi maut dilanggar lari sebuah kereta di Bukit Changgang.

Sehingga ke hari ini, pemandu terbabit tidak dapat dikesan.

Kes langgar lari semakin menjadi-jadi, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memasang dashcam di kereta masing-masing sebagai langkah awal untuk merakam bukti kejadian agar dari membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber FB

Leave a Reply

Your email address will not be published.