Luna Maya

Anak KritikaI & Ditidurkan, lbu Kanak2 Yg Termakan Dadah Rupanya Sdng Mnderita Knser Tahap Lima

Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis Methampethamine dijumpai dalam badannya mendapat perhatian ramai warga Malaysia.

RAKAMAN VIDEO KEADAAN ADIK ADA DI BAWAH SEKALI

Susulan kes itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun juga telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketika ditemu bual, ibu kanak-kanak lelaki itu berkata dia hanya berharap anaknya itu sedar meskipun akan ada kesan sampingan lain.

Menerusi laporan dari Harian Metro semalam, kanak-kanak tersebut dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat sebelum pulang semula ke rumah ibunya selepas tiga jam. Ibu kanak-kanak berkenaan juga memaklumkan yang anaknya dibawa keluar tanpa pengetahuannya.

“Saya tidak tahu dia dibawa keluar bapa saudaranya kerana tiada di rumah namun jam 5 petang ketika pulang, keadaan anak saya lemah dan sangkakan dia letih bermain.”

Anak KritiaI & Ditidurkan, lbu Kanak2 Yg Termakan Dadah Rupanya Sdng Mnderita Knser Tahap Lima

“Tidurnya juga tidak nyenyak dan sering tersentak membuatkan saya tidak sedap hati selain wajahnya kelihatan semakin pucat.”

“Saya tersedar jam 1 pagi tadi (semalam) dan melihat keadaan dia semakin teruk yang mana keseluruhan tubuhnya pucat dan sangat lemah seolah sudah meninggal dunia,” kata wanita berusia 36 tahun itu.

Doktor kata perlu ditidurkan

Menerusi perkembangan terkini kanak-kanak tersebut, ibu kanak-kanak berkenaan memaklumkan yang anaknya masih lagi kritikal dan pihak hospital terpaksa menidurkannya buat sementara waktu kerana kondisi yang sangat lemah.

“Doktor memaklumkan anak saya perlu ditidurkan kerana keadaannya yang sangat lemah kesan daripada dadah itu.

“Pilu hati saya melihat keadaannya sebegitu dan walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap berbisik di telinganya agar bukakan mata dan segera sembuh.”

Nak anak sedar, tak kisah macam mana keadaannya nanti

Anak KritiaI & Ditidurkan, lbu Kanak2 Yg Termakan Dadah Rupanya Sdng Mnderita Knser Tahap Lima

Tambahnya lagi, dia tidak kisah andai anaknya tidak boleh berjalan atau mempunyai kesan lain susulan daripada kejadian itu asalkan dia sedar dan membuka mata.

“Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain, itu sahaja yang saya harapkan,” katanya ketika dihubungi sumber.

Tambah wanita itu, anaknya merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan baru sahaja boleh berjalan.

Terdahulu, laporan berita telah mendedahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun kritikal selepas pemeriksaan mendapati terdapat kandungan Methamphetamine dalam badannya.

Disebabkan itu, seorang buruh yang juga bapa saudaranya  berusia 30 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.

Suspek yang memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah direman sehingga 26 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Komen Netizen:

Mudah² han anak keciil ini segera sembuh dgn izin allah..bapak saudaranya mesti di hukum dgn hukuman yg berat atas kezaliman nye

Allahuakbar. Semuga Allah jaga Adik dan berikan kesembuhan untuk Adik. Ya Allah permudahkan segala urusan Ibu dab Bapa adik  aamin Ya Mujeeb

Allahuakbar kasihan sungguh…angkatla kesakitannya berikan lah kesembuhan pada anak ini

Orang lain taik dadah rosak diri sendiri/ rakan sebaya. Jarang dekat budak kecik 4 tahun. Selalunya kes mcmni luar negara. Tak sangka kat sini pun ada dah. Semoga Allah beri kesembuhan kat adik ni Apa yg difikirkan si pelaku ni

Allahuakhbar.. semoga adik cpt sembuh.. Sedihnya… Semoga ibu ayah adik serta ahli keluarga tabah, dan kuat semangat, teruskan berdoa utk kesembuhan ank tsyg.. Aamiinn

Lihat video ini:

Sumber: Harian Metro (Siti Rohana Idris)

Leave a Reply

Your email address will not be published.