Luna Maya

Altimet nak ronda cari bendera putih sampai tiad4 lagi berkibar

Dalam langkah menyokong kempen kibar bendera putih, penyanyi rap Altimet menyatakan ikrarnya untuk meronda kawasan sekitar Ampang, Lembah Keramat dan Gombak bermula esok untuk menyampaikan bantuan bagi mereka yang memerlukan.

Altimet berkata, sekiranya diizinkan Tuhan, misi bantuan itu akan diadakan setiap Jumaat sehingga tiada satu pun bendera putih berkibaran lagi di kawasan tersebut.

“Saya dan seorang rakan akan meronda sekitar kawasan Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak untuk mencari kibaran bendera putih.

“Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau depan pintu rumah mereka.

“Insya-Allah hajat kami untuk meronda setiap Jumaat shingga tiada lagi bendera putih berkibaran,” katanya di Instagram.

Penyanyi itu berkata dia dan kawannya merancang untuk memulakan usaha tersebut bermula jam dua hingga enam petang.

Menurut pemilik nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad itu, tiada siapa yang perlu malu untuk meminta bantuan sekiranya mereka amat memerlukan.

“Tidak perlu malu. Kami tak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dah muat naik (ke media sosial).

“Kamu jiran-jiran kami, celakalah kalau kami tak tolong jiran sendiri,” katanya lagi.

Altimet turut menyeru orang ramai yang ingin membantu untuk memberi sumbangan melalui nombor akaun yang tertera di Intagram miliknya itu.

Netizen turut menyokong usaha beliau

terbaik

Respect

much love man

Sumber Instagram Altimet & Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published.