Banyak sensitiviti yang harus dijaga bagi memastikan kehidupan aman tanpa kontroversi. Namun, berlainan pula dengan usahawan terkenal Dato’ Sri Aliff Syukri apabila sekali lagi memuat naik video yang membuatkan ramai warganet kurang selesa.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Menerusi satu video yang tular di media sosial, pengguna Twitter @pedoqpop telah memuat naik kembali rakaman video Aliff Syukri di aplikasi TikTok beraksi seperti pejuang di Palestin yang kononnya menyelamatkan seorang wanita cedera dilakonkan oleh isterinya sendiri.
Dalam kapsyen yang ditulis di video tersebut, Aliff Syukri menggambarkan keadaan di Palestin dan telah tampil memakai helmet serta membawa penyapu seolah-olah berperan sebagai pejuang.
Video berkenaan telah mendapat kecaman oleh netizen bukan hanya di Twitter tetapi di TikTok milik usahawan itu juga yang menggunakan nama @datoterlajaklaris.
Setakat ini, motif utama video tersebut dibuat masih tidak dapat dipastikan. Namun begitu, tindakan seperti yang dilakukan jelas sekali seperti mempermainkan apa yang terjadi di negara Palestin.
Setakat ini, motif utama video tersebut dibuat masih tidak dapat dipastikan. Namun begitu, tindakan seperti yang dilakukan jelas sekali seperti mempermainkan apa yang terjadi di negara Palestin.
Tonton Video :
Haha lawak nya pic.twitter.com/WGV4yC0zJb
— Doq Lepohcha (@pedoqpop) September 10, 2021
PERHATIAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Sumber:OhMyMedia, Twitter @pedoqpop, TikTok @datoterlajaklaris