Luna Maya

Aku peguam dh biasa msuk mhkamah, tp tak sangka Iawan aku kali ni bks suami sendiri

Graduated with law degree from UIAM berbelas tahun yang lalu.cukup manis kenangan yang dilalui sepanjang di sana bersama teman-teman tersayang, lebih manis apabila berkenalan dengan seorang coursemate satu batch cukuplah aku kenalkan sebagai Dani (nama samaran).

Selepas beberapa bulan kenal, kami couple. Ya kalau aku sebutkan di sini nama sebenar kami, sudah tentu coursemate kenal sangat sebab kami antara sweet couple di kalangan batch kami, auch hahah.

Dani berpewatakan menarik, soft-spoken & agak introvert. Tapi dia sejenis yang agak rapuh, bila berdepan masalah dia bukanlah seorang problem solver yang baik & agak nakal in terms of selalu tuang kelas serta kurang focus dalam sesuatu perkara.

Dari anak seorang, dah jadi tiga pada Januari 2020. Dari berkereta kancil, kemudian Myvi, kemudian up lagi dengan 4WD. Dani juga telah beberapa kali dinaikkan pangkat.

Aku pula bekerja sendiri, senang nak ikut Dani pindah ke mana-mana bila arahan posting keluar. Seperti suami isteri yang lain, kami sentiasa support each other in terms of kerjaya, urusan rumah, anak-anak dan lain-lain perkara. Suamiku, sungguh aku sayang padamu.

Sehinggalah pada pertengahan tahun 2021, aku perasan Dani mula berubah. Berbulan-bulan dia dingin terhadapku & lebih banyak bersendirian. Dia seakan menjauhkan diri dari aku.

Bila bersembang tak pandang mata, bila aku datang untuk berborak terus dia buat-buat mengantuk, nak pergi kerja pun dah tak salam peluuk ciium macam selalu. Aku cuba berbaik sangka, namun curiga makin menebal.

Dinyatakan padaku bahawa dia tidak bahagia hidup denganku, dia bahagia dengan perempuan itu. Oh suamiku, sampainya hatimu.

Aku mula mencari maklumat tentang perempuan itu melalui klu-klu yang dinyatakan suami semasa pengakuannya. Aku berjaya mengumpul maklumat & menghubungi perempuan itu yang juga seorang pegawai tentera. Tiada pengakuan dari si penyondol, hanya penafian semata.

Tapi boleh pula dia mengadu pada suamiku yang aku menghubunginya. Apalagi mengmuklah sang hero bila her0innya diganggu.

Suami benar-benar marah padaku, katanya rakan-rakan pejabat sudah mengetahui isu dia berscandal. Aku disalahkan sebagai tidak pandai simpan rahsia rumahtangga sehinggakan orang tahu tentang itu.

Katanya disebabkan aku, nama & reputasinya sebagai pegawai tentera yang berekod bersih telah tercemar. Amboi mudahnya baling batu sembunyi tangan, berak merata tapi orang lain yang terpaksa bersihkan. Aku kecewa, sungguh kecewa. Play victim kau ya.

From that moment, suami terus mendiamkan diri & sangat membenci diriku. Aku bersedih namun pada 11 Oktober 2021, aku cuba menjadi ceria kerana tarikh tersebut adalah hari lahir anak pertama kami yang ke sembilan tahun.

Namun segalanya ranap apabila pada tarikh keramat tersebut, aku menerima whatsapp dari suami yang menceraaikan aku dengan talak satu.

Allahuakbar, kenapa harus tarikh tersebut yang dipilih untuk menceraaikan aku? supaya mudah diingati?

Inikah balasan pengorbanan aku bertarung ny4wa melahirkan zuriatmu 9 tahun yang lalu. Demi seorang perempuan penggoda yang baru dikenali kau talakkan aku pada hari lahir anak. Kau zalim, Dani.

Maka dari tarikh tersebut, bertukarlah status Dani dari suamiku bertukar menjadi seorang stranger. Dari seorang insan yang paling aku sayang, bertukar menjadi orang asing yang namanya sudah tidak mendetakkan dengup jantung ini.

Aku cuba memujuk, merayu untuk kami kembali bersama demi anak-anak namun hatinya sekeras batu. Beberapa kali rayuanku tidak diendahkan, kufikir cukuplah, aku punya maruah, aku perlu jalan terus ke hadapan.

Maka pada hari ini, di saat coretan ini ditulis, Dani sudah aku buang jauh-jauh walaupun sukar dan perit. Aku & anak-anak kini berada jauh dari dia, biarlah dia dengan bahagianya.

Dani, kau sudah menjadi orang asing dalam hidupku. Aku cukup kuat untuk bangkit mengutip serpihan hati yang telah kau h4ncurkan.

Selama ini akulah yang banyak mendorong kejayaanmu, semoga selepas ini dirimu tidak jtuh tersungkur di atas penganiayaan ini. Terima kasih untuk segalanya, Dani.

Untuk Dani, segala tuntutan-tuntutan selepas perceraaian telah aku failkan di mahkamah syariah. See you in court.

Untuk si penyondol, tiada ruang kemaafan dariku untuk setiap titis air mata anak-anakku yang gugur disebabkan perbuatanmu. See you at padang mahsyar.

Sambungan di bawah :

Posting kali ini sekadar perkongsian tambahan bagi menjawab persoalan-persoalan dari commentators.

Untuk tuntutan-tuntutan mahkamah, saya failkan segala tuntutan yang sepatutnya – nafkah anak, hak penjagaan anak, mutaah, harta sepencarian, dan juga hutang semasa perkahwinan.

Pernah menjadi lawyer & attend court, tak sangka kali ini lawan saya adalah bekas suami sendiri.

Ajaib percaturan Allah. Agak gementar, risau saya tak cukup kuat & tak mampu bertentang mata dengan lawan saya kali ini, bukan kerana takut tapi kerana dia pernah menjadi segalanya dalam hidup ini suatu ketika dahulu..

Hi betina pencaras, u pegawai kan, sediakan duit secukupnya ya untuk belikan spender bakal suami u, takut-takut dia tak mampu beli sendiri sebab banyak dia nak kena bayar tuntutan-tuntutan i nanti ehehe..

Berkenaan aduan kepada pihak atasan tentera – Ya, saya ada membuat laporan bertulis kepada pihak atasan tentera setelah sebulan lebih diceraaikan. Saya juga telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh pegawai penyiasat.

Namun rasanya sekadar itu sahaja prosedurnya kerana saya pernah dengar banyak k3s yang dilaporkan selalunya pihak atasan akan “cover line” anggota mereka lebih-lebih lagi jika aduan melibatkan level pegawai.

Maksudnya tak sampai ke mana la aduan saya tersebut. Seperti kisah viral Dr Najihah & suaminya si Hanafi sikat tepi, sebab itu saya faham kenapa Dr Najihah “meletup” di media sosial, disebabkan isu coverline beginilah.

Walau apa pun tindakan dari pihak atasan samada laporan saya disenyapkan atau dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk tindakan tatatertib, itu adalah terserah sepenuhnya kepada pihak yang berkenaan.

Cuma yang mahu saya kongsikan di sini, respond daripada Dani selepas laporan saya tersebut.

Ya, dia betul-betul marah dengan saya. Dia kata saya kejam. Dikatanya saya cuba sabotaj kerjaya dia.

Katanya saya dah susahkan hidup dia kerana handphonenya dirampas oleh pegawai penyiasat & mungkin akan kena dakwa. Katanya lagi saya dah susahkan hidup betina penyondol juga.

Ditambah pula ada kawan-kawannya yang menjadi batu api mengatakan saya selayaknya dipkul oleh Dani di atas kekejaman yang saya lakukan.

Wow, tak sudah-sudah play victim kan. Ye lah sayangku, kau tak pernah salah walaupun jelas di atas jalanan itu adalah najis yang kau tinggalkan.

Berkenaan unsur sihir, saya ada merujuk kepada beberapa perawat islam & mereka mengatakan kemungkinan besar memang ada gangguan sihir dalam rumahtangga kami.

Akan tetapi cara rawatannya adalah Dani yang perlu hadir untuk rawatan. Masakan dia mahu, dia sudah berkeras bahawa dia baik-baik sahaja dan tidak disihir.

Sesungguhnya saya masih dalam proses healing & recovery. Anak-anak so far nampak ok mungkin kerana selama ini papa mereka selalu tinggalkan mereka untuk tugasan luar so tak terasa sangat ketiadaan papa mereka.

Si sulung sungguh caring terhadap adik-adik especially adik baby yang baru masuk 2 tahun. InsyaAllah saya yakin Allah akan membantu saya dalam urusan malaikat-malaikat kecil saya ini.

Buat para suami, mantapkanlah iman demi keluarga tersayang. Carilah ilmu agama, bukan sibuk main game.

Uruskanlah urusan rumahtangga bersama-sama isteri, bukan menyerahkan segala urusan ke atas pundak isteri. Saya tak alim, tapi nasib saya mendapat suami yang lebih jahil dari saya dalam urusan agama.

Buat si penyondol, usahlah rasa diri anda hebat bila berjaya mencaras suami orang kerana seorang suami yang hebat tidak akan pernah curaang, anda hanya mendapat lelaki level jantan keparat yang sesuai dengan status anda sebagai betina sundal, oppsss.

Terima kasih pembaca sekalian. Saya yakin inilah takdir terbaik yang tertulis untuk saya, tiada penyesalan di atas perjalanan ini. Pelangi pasti muncul selepas hujan.

Apa pendapat anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *