Luna Maya

Aku tpksa kahwin dgn minah gnster, dia xde la lawa tp sempoi. Klu ngamuk muka dh mcm hntu kak limah

Foto sekadar hiasan. Salam semua. Nama aku Ezra, lelaki yang berumur 35 tahun. Dah berkahwin selama 5 tahun and ada 2 anak lelaki. Straight to the point, aku nak cerita pasal bekas girlfriend aku yang gnas dan garang (sekarang dah jadi isteri). Nama isteri aku ni Icha. Aku kenal Icha ni dari kawan aku. Masa aku kenal dia ni, aku tengah kecewa dengan ex tunang aku.

Putus ditengah jalan angkara orang ketiga. So kire Icha ni macam rebound aku lah.

Aku sebenarnye malas nak kenal Icha tapi kawan aku yang beriye sebab dia cakap Icha ni saja yang sesuai dengan aku. Icha pun tengah single time tu sebab dia pun baru dikecewakan boipren dia, duda anak dua. Haha.

Aku mesej dia selama 6 bulan then baru jumpe face to face. Bile jumpe and cakap dgn dia, serius lain dari bila mesej. Ayat dia sopan saja.

Takdelah garang macam dalam mesej and aku suke tengok dia senyum and ketawa. Eh dah kenapa aku ni. Macam tersuka pulak.

Icha ni takdelah lawa sangat tapi dia jenis perempuan yang suka pakai baju kurung, tudung bawal jtuh and letak pin tu saja. Jumpe aku pun pakai selipar jepun. Sempoi orangnye.

So dipendekkan cerita, despite dia yang garang and suke mengaum, cepat trigger and kalau marah boleh jadi hantu kak limah tu, aku propose nak kahwin dengan dia even aku mase tu takut jugak kalau dia tak boleh respect aku lepas kahwin.

Sebab masa tunang pun dia ni memang nak mengmuk and mulut kemain laser. Aku sabar saja sebab entahlah. Aku suka bile dia pujuk aku.

Rasa cair saja. Sebab dia memang chase aku giler² kalau aku marah or merajuk. Hati aku saakit tapi aku boleh cool down bile dia merayu minta maaf cmtu.

So ape aku nak cerita sebenarnye adelah, lepas saja kahwin, apa yang aku takuti tu semua tak terjadi. Icha ni dari jenis mengaum macam harimau terus jadi manja macam kucing.

Lepas tu dia layan aku baik and respect aku sangat sampai aku cakap kat dia “Tak payahlah sampai nak keluar sidai baju pun sayang nak telefon abang minta kebenaran”.

Masa tu aku kat ofis and dia habiskan cuti tahunan kat rumah. Adoi. Tapi aku suke saja. Haha.

Dia tak reti masak sangat tapi sanggup beli buku masakan, belajar dengan mak aku makanan kegemaran aku, belajar kat youtube sebab nak buatkan aku bekal everyday.

Dan tak pernah lepas kahwin kalau gduh, dia melawan aku. Kalau dia marah, aku tengok airmata dia saja mengalir pastu dia tutup muka kat bantal.

Ada sekali tu dia marah sebab ada benda tak puas hati dengan aku, pastu dia pergi mandi. Keluar saja bilik air, terus senyum and cakap “Bestnye air sejuk, marah pun boleh hilang,” Tak jadi aku nak sambung gduh dengan Icha.

Itulah Icha, perempuan garang yang aku pernah cakap tak mungkin aku akan kahwin tu.

Aku selalu syukur aku pilih jugak dia walau dalam hati aku dulu, aku takut sangat dia akan jadi queen control, mem besar or takleh respect aku sebagai suami.

Terima kasih isteri abang Icha, sebab Icha buktikan yang perempuan garang and educated dari laki selepas kahwin, boleh saja letak lelaki selayaknya sebagai suami.

Abang minta maaf sebab selalu meragui Icha sebelum kahwin.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber : Ekotanews

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published.