Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca yang budiman…
Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak-banyak terma kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati aku ini. Namaku Zainab (bukan nama sebenar). Aku adalah pegawai kerajaan gred 41 di mana gajiku mencecah RM4000 sebulan dan telah pun berk4hwin sebelum aku dapat kerja.
Untuk makluman semua, suamiku hanyalah bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan anggaran pendapatan RM60 sehari. Jika hari cuaca hujan, memang langsung tak masuk duit apatah lagi bila tiba musim tengkujuh.
Cuma kadang-kadang aku rasa kecil hati. Sebab duit gajiku habis di hari kedua selepas terima gaji.
Tiap kali raya aku yang support semua, dari baju raya hinggalalah ke duit raya dan kuih raya. Aku pergi kerja hanya pakai baju yang sama hampir setiap minggu.
Kadang-kadang aku malu kepada staff-staff lain dan cem*buru bila tengok mereka pakai baju cantik-cantik walaupun mereka tu hanyalah kerani gred 19.
Alat solek aku pun aku beli di kedai Eco je (kedai RM2.10) sebab takde duit nak beli kat drgstore.
Aku cuba nak mintak semua tu dari suami tapi aku rasa serba sal4h sangat bila memikirkan yang dia hanya kerja sebagai penoreh getah.
Dia pernah minta izin aku untuk buat kerja sampingan, nak cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yang nak uruskan anak-anak.
Duit dari hasil menoreh getah itulah dia beli barang dapur dan isi minyak kereta serta bayar bil elektrik. Duit beli baju anak-anak pun aku guna duit gaji sendiri yang berbekalkan baki RM50 sebulan.
Dan aku ikat perut setiap hari di tempat kerja. Aku hanya meng4mbil sarapan pagi sahaja sebab nak jimatkan wang sehinggakan aku terkena g4strik.
Aku stre*ss. Kadang-kadang aku terfikir seolah-olah aku ni ketua keluarga yang terpaksa men4nggung semuanya.
Wahai pembaca sekalian, adakah aku terlalu overthingking? Berdos4kah aku berfikiran begini? Derhakakah aku terhadap suamiku? Adakah aku isteri yang tidak bersyukur?
Tolong berikan aku kata-kata semangat. Aku cintakan suami aku sangat-sangat dan sayangkan perkahwinan ini. Sekian. Terima kasih.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Nurul Hawa, Awak syg dia sgt2 dan taknak hiilang dia.. Sebelom kahwin pon dah tahu dia penoreh getah.. Dah tahu dia memang kurang mampu dari sebelom kahwin.. Dia pulak tolong kerja rumah, memasak, urus anak2.. Dia mintak izin nak kerja lain cari side income awak tak bagi sebab takde org nak urus anak2..
Tepuk dada tanya hati, apa awak nak sebenarnya? Awak dah dapat suami baik, tapi dia kurang kem4mpuan.. Dia kurang kemampuan tu pon, awak dah tahu dari awal bukan sebab awak kena tipu kan..
Bersyukur apa yang ada, dan jangan berhenti berdoa semoga ada rezeki lebih untuk suami awak ya.. Rezeki Allah tu luas.. Kalau bukan dari segi kewangan, insyaAllah pada anak2 yg sihat, bijak dan mendengar kata.
Rashid Asid, Brsyukur lah ada keje,ada jodoh,ada anak,ada family,suami n diri sihat anak pon sihat..kt luar ramai lg xde keje,xde jodoh,ada jodoh anak xde lagi,kdang ada jodoh tp salah sorang x sihat..
Kdang dah umur 40 ke atas masih xde apa² jodoh pon xde..yg dah ada x syukur..nnti pas4ngan di amik org yg lagi pndai hargai marah lak..dah kau x hargai.
Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.
Sumber : KRT
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah