Luna Maya

VIDEO: Aksi Pelumba Basikal Poland Jatuh Lps Psiko Shah Firdaus Buat Netizen Berpuas Hati

Beberapa jam tadi, baru saja berlangsung perlumbaan basikal trek bagi sesi repechage bagi melayakkan diri untuk ke pusingan ketiga acara pecut individu.

Pusingan repechage ini kiranya macam peluang kedua, selepas mereka terlepas kelayakan pada pusingan pertama sebelum ini.

Tapi apa yang menarik untuk sesi hari ini adalah kerana pelumba dari Poland, Patryk Rajkowski bersungguh betul untuk memberi tekanan secara mental kepada pelumba negara iaitu Muhammad Shah Firdaus.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Mentang-mentang inilah kali pertama Shah membuat penampilan pertama di Olimpik, pelumba berkenaan bagaimanapun menerima nasib sebaliknya.

Bagi yang pertama kali menonton acara pecut trek ini, sudah menjadi kebiasaan situasi sebegini tapi apabila melibatkan negara sendiri, boleh tahan geram juga.

Perkongsian salah seorang pengguna TikTok yang dipecahkan kepada 4 bahagian ini buat anda saksikan sendiri detik-detik psiko, kejatuhan dan jelingan tajam dari pelumba Poland itu sendiri.

Bahagian 1: Sendiri Asak, Sendiri Jatuh

Pada bahagian ini, Shah dilihat tenang berhadapan dengan tekanan sedemikian namun pelumba Poland tersebut pula yang jatuh.

Bahagian 2: Terlentang Sepi

Kesian pun ada kalau tengok part ini, boleh nampak kaki pelumba dari Poland tersadung dan kalau perhati betul-betul, tayar depan Shah terlihat sedikit ke kanan.

Berikutan kejadian ini, Shah dan pelumba tersebut terpaksa beraksi dua kali.

Bahagian 3: Penuh Debaran

Perlumbaan dimulakan semula dan ada aksi jeling menjeling dari pelumba Poland dan sebaik kayuhan bermula, debaran turut terasa lagi-lagi pusingan terakhir.

Kejaayan Shah meninggalkan lawannya ternyata membuatkan netizen berpuas hati dengan kemenangan tersebut.

Pengakhiran kepada perlumbaan tersebut dilihat tenang apabila Shah dan pelumba basikal dari Poland tersebut sama-sama menunjukkan tanda bagus selepas melepasi garisan penamat.

Memetik laporan BH Online, aksi pusingan ketiga bakal menyaksikan Azizulhasni berjumpa pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland, sementera Shah pulak bakal berdepan lawan dari negara sama, Harrie Lavreysen.

Antara komen netizen :

‘tolong ingatkan dia yg Malaysia takkan kalah kalau bab membuli’

‘tu baru jumpa basikal, belum jumpa myvi lagi’

Tonton Video part 1 dan 2 di bawah :

Detik-detik kemenangan Malaysia vs Poland. Lihat minit ke 6

Sumber Video Astro Arena & afnannazli

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *