Luna Maya

Susulan Tular Aksi Kejar-Mengejar Lucu Yg Disunting Macam ‘PoIis Sentri’ Rupanya lni Perkara Yg Berlaku

Sekilas pandang, kebanyakan kita pasti pernah terdetik betapa segaknya penampilan anggota polis yang lengkap berpakaian seragam. Namun realitinya bukan mudah untuk menggalas jawatan dan tugas mulia tersebut.

Selain pengorbanan masa terhadap keluarga, mereka juga perlu kental berhadapan pelbagai ragam suspek penjenayah.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Pihak Polis Tampil Menjelaskan Perkara Sebenar

Pasir Mas: Polis memburu dua lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan di Kampung Gaung di sini, semalam.

Rakaman salah seorang suspek yang melarikan diri dalam kejadian jam 1 tengah hari itu tular di Facebook sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke dalam semak dan gerakan mencari suspek sedang giat dijalankan.

Katanya, sebelum kejadian itu, anggota polis trafik membuat penugasan di lokasi dan menahan sebuah Proton Persona yang dinaiki tiga lelaki.

“Ketika anggota menahan kenderaan itu, pada mulanya ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 37 tahun memberi kerjasama, tetapi selepas diarahkan berhenti di bahu jalan, kenderaan terbabit terus memecut laju, manakala seorang suspek melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

“Hanya seorang saja suspek berusia 37 tahun berjaya ditahan dan lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dua lelaki iaitu pemandu, Mohamad Afiq Saiedi, 21, dan suspek yang dikejar anggota polis, Mohd Naim Azmi beralamat di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah melarikan diri.

Mohd Nasaruddin berkata, siasatan mendapati tempat kejadian adalah di Jalan Kampung Gaung dan lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek yang ditahan mendapati lelaki itu positif dadah jenis methaphetamine dan semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk berkaitan dadah.

“Suspek yang melarikan diri sudah dikenal pasti dan polis akan membuat tangkapan ke atas lelaki itu dengan kadar segera,” katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis.

Kredit : HarianMetro, Kisahdunia, TikTok shahh04._

Leave a Reply

Your email address will not be published.