Luna Maya

‘Kaklong amuk’ minta maaf, kedai jelaskan anak tak mencuri & tiada barang hilang

Siapa yang tidak marah kalau anak yang kita tatang bagai minyak yang penuh dimarahi oleh orang lain sehingga menangis-nangis mengadu tentang insiden berkenaan.

RAKAMAN VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI

Namun begitu, sebagai ibu bapa, tidak seharusnya kita percaya bulat-bulat apabila mendengar aduan anak tanpa membuat sebarang siasatan terlebih dahulu.

Hal ini terjadi seperti beberapa perkongsian yang tular di media sosial apabila seorang wanita melepaskan kemarahan kepada pekerja-pekerja sebuah pasaraya selepas anaknya disyaki mencuri.

Insiden itu mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen kerana merasakan tindakan wanita itu sangat berlebihan disebabkan dia langsung tidak mahu mendengar sebarang penjelasan.

Dia juga terus terjerit-jerit memarahi para pekerja sambil melihat  viewers di akaun Facebooknya sambil mencabar pekerja supaya membawanya ke balai polis.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen merasakan tindakan wanita tersebut agak keterlaluan kerana begitu lantang memarahi orang lain tanpa mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak.

Ada juga sesetengah netizen yang memandang serong dengan mengatakan sudah tahu perilaku yang kurang beradap ditunjukan kanak-kanak itu datangnya dari orang tuanya sendiri.

 

Selepas insiden mengamuk di sebuah kedai serbaneka susulan berang anaknya dituduh mencuri, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Kaklong telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua di Facebooknya.

Menerusi video yang berdurasi lebih dari 30 minit itu, wanita berkenaan memaklumkan yang tindakannya semalam adalah kerana tidak dapat menerima anaknya dituduh ‘panjang tangan’. Namun begitu, dia akui apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah S.W.T

‘Kaklong amuk’ minta maaf, kedai jelaskan anak tak mencuri & tiada barang hilang

Selain daripada itu, wanita yang juga merupakan peniaga produk kosmetik turut menjelaskan mahu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai serbaneka tersebut bagi memastikan anaknya benar-benar tidak bersalah.

Selepas live di Facebook itu, wanita berkenaan memaklumkan yang kes telah dianggap selesai dan staf di kedai tersebut menjelaskan tiada barang pun yang hilang.

‘Kaklong amuk’ minta maaf, kedai jelaskan anak tak mencuri & tiada barang hilang

Dalam pada itu, dia juga sempat memberikan amaran kepada mereka yang memuat naik kembali video amukannya di laman sosial supaya berhenti melakukan hal tersebut.

‘Kaklong’ dengan tegas menyatakan yang dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika masih ada netizen yang menyebarkan rakaman video semasa dia membuat live memarahi staf kedai serbaneka semalam.

‘Kaklong amuk’ minta maaf, kedai jelaskan anak tak mencuri & tiada barang hilang

Terdahulu, video seorang wanita mengamuk kerana bengang anaknya dituduh mencuri telah tular di media sosial. Mana tidaknya, cara dia ‘menyerang’ staf kedai tersebut begitu lantang sehingga tidak memberi ruang langsung kepada para pekerja memjelaskan hal sebenar.

Lebih membuatkan netizen meluat adalah tindakannya yang membuat live di Facebook terlebih dahulu sebelum mula memarahi staf di kedai itu disamping perilaku anaknya yang membuang-buang barang di kaunter kedai berkenaan.

 

Sumber Oh My Media

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.