Luna Maya

“Alami sesak nafas, Ali Xpdc ditidurkan” – Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat

Vokalis kumpulan XPDC, Ali telah ditidurkan buat sementara waktu oleh pihak hospital pada petang tadi akibat sesak nafas.

Laman Facebook rasmi XPDC memaklumkan, pada asalnya keadaan penyanyi itu semakin sihat buat masa ini walaupun bahagian tubuh tertentu masih lemah.

Bagaimanapun XDPC turut menjelaskan, walaupun ditempatkan dalam wad saringan COVID-19, namun vokalis mereka itu tidak dijangkiti virus berkenaan.

“Ali tidak dijangkiti COVID-19 cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan COVID-19. Apa pun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat.

“Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat kalau untuk kesihatan Mohd Ali bin Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu,” maklum kumpulan itu lagi.

Imbas kembali, Ali pernah dimasukkan ke hospital pada 5 Januari tahun lalu akibat sesak nafas dan komplikasi jantung serta penyakit darah tinggi.

Sumber: Facebook Official XPDC

Leave a Reply

Your email address will not be published.