Luna Maya

VIDEO: Adik Perempuan Benjy, Inessa Irdayanty Menceritakan Detik Dia Terima Berita Abang Dia Sudah Tiada

PELAKON Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad.

Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp sebentar tadi.

Menurut Karl, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit asma.

Karl yang diuji dengan penyakit strok ketika dihubungi berkata, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Pelakon Benjy Ibrahim telah meninggalkan wasiat kepada ahli keluarganya untuk dia dikebu.mikan di Medan, Indonesia sekiranya dijemput Ilahi di negara seberang itu.

Berkongsi cerita dengan Astro AWANI, adik Allahy.arham Benjy, Inessa Irdayanty berkata, abangnya yang mesra dipanggil Ben tidak mahu ahli keluarga atau mana-mana individu berdepan kesulitan utk membawa jena.zahnya pulang ke tanah air.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI.

“Sejak dahulu lagi, sebelum COVID-19 bermula lagi, Ben sudah lama pesan, kalau apa-apa jadi dekat kepada dia di sana, tak perlu bawa balik jen.azah ke Malaysia. Dia minta sedekahkan Al-Fatihah, biar keb.umi di sana.

Adik Perempuan Benjy, Inessa Irdayanty Menceritakan Detik Dia Terima Berita Abang Dia Sudah Tiada

“Jadi dia (Benjy) memang wasia.tkan dekat kami sejak dari dahulu lagi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Menjelaskan situasi selepas dimaklumkan berkenaan pemergian abangnya itu, Inessa berkata, mereka sekeluarga masih lagi berbincang sebelum membuat kata putus berkenaan proses pengurusan jen.azah Benjy.

“Selain wasiat yg ditinggalkan Allah.yarham, perkara kedua yg kami pertimbangkan adalah untuk menyegerakan urusan jena.zah secepat mungkin.

“Kami juga tidak mahu melewat-lewatkan proses penge.bumian kerana kita tidak mahu apa-apa komplikasi seperti kelewatan dan sebagainya sekiranya kami ingin bawa pulang jena.zah (ke Malaysia),” katanya.

 

Benjy yang juga anak kepada aktres Allah.yarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad akibat penyakit as.ma.

Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi kepada Astro AWANI.

Rakaman Audio Adik Perempuan Benjy

Sumber : Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *