Seorang lelaki dilaporkan telah membunuh isterinya lantaran sakit hati setelah disuruh untuk mencari kerja.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Memetik laporan Tribun News, lelaki itu dipercayai membunuh isterinya di rumah tumpangan mereka di Jalan Baru, Desa Ngemplak Simongan, Kecamatan Semarang Barat, Jawa Tengah pada Sabtu lalu.
Dia juga mengaku sakit kepala kerana pernah mengalami kemalangan jalan raya, menyebabkannya hilang tumpuan dan tidak bekerja.
Menurutnya lagi, ketika pergaduhan tercetus di antara mereka, dia meminta mangsa membunuhnya kerana penyakitnya tidak akan sembuh. Namun, isterinya yang kecewa sebaliknya meminta suspek membunuhnya.
“Ya, memang isteri saya minta dibunuh, akhirnya saya bunuh isteri saya dengan mengelar lehernya,” katanya.
Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati bahawa lelaki itu telah menikam mangsa sebanyak 14 kali.
Akibat daripada perbuatannya itu, suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Tonton Video:
Sumber: Tribun News