Luna Maya

Video: Abg Siti Sarah pula mngalami tahap oksigen rendah… Shuib fobia slps kehilangan lstri

KETIKA keluarga Siti Sarah masih berduka atas pemergiannya, abang kepada penyanyi itu iaitu Ahmad Firdous Raisuddin pula dikhabarkan sedang bertarung melawan Covid-19 di Hospital Serdang, Selangor.

Begaimanapun menurut adik iparnya yang juga pelawak Shuib Sepahtu, Ahmad Firdous kini berada dalam keadaan stabil.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat Allahyarham isterinya pada Selasa malam.

“Tolong doakan abang ipar saya terus kuat,” katanya.

Majlis tahlil turut disertai bapa Sarah, Raisudidin dan Shuib.

Sementara itu Shuib turut berkongsi berita gembira apabila dia bakal bertemu anak keempatnnya yang diberi nama Ayash Affan buat kali pertama pada Rabu.

“Esok (Rabu) buat kali pertama saya akan jumpa Ayash Affan di hospital.

“Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia… tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia.

Saya jadi fobia apabila oksigen dia drop tapi Alhamdulillah keadaan abang ipar kini stabil. Ini hari kelapan dia kuarantin. – SHUIB

“Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami,” katanya.

Ayash Affan, cahaya mata keempat Shuib dan Siti Sarah berjaya dikeluarkan daripada kandungan ibunya pada Jumaat lalu.

Majlis bacaan tahlil secara virtual hari kedua buat Siti Sarah yang dipimpin oleh PU Hafiz itu turut disertai rakan artis seperti Jep Sepahtu, Fad Bocey, Azad Jasmin, Naim Daniel, Misha Omar, Adira Suhaimi, Datuk Fizz Fairuz dan Indah Ruhaila serta bapa Sarah, Raisuddin Hamzah.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Pembantu rumah salam kawan, punca Shuib sekeluarga p0sitif

Pelawak Shuib mendedahkan punca sebenar bagaimana satu keluarganya dij4ngkiti Cvid-19 sehingga menyebabkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin meningg.al dunia awal pagi semalam.

Cerita Shuib, dia sekeluarga disahkan positif selepas pembantu rumahnya yang turun membuang sampah bersalaman dengan rakannya sebelum kemudian merebak kepada semua yang berada di dalam rumahnya, kecuali seorang anggota keluarganya disahkan neg4tif.

Akibatnya, Shuib, Sarah dan tiga anak mereka dij4ngkiti vir.us berkenaan sebelum pembantu rumah warga Indonesia itu meninggal dunia Jumaat lepas.

“Nak dijadikan cerita, pembantu rumah saya turun bawah buang sampah. Dia salam kawan, terus kena kami satu keluarga. Jangan lupa berdoa, moga Allah lindungi kita sebab itulah senjata paling dahsyat,” katanya.

Tambah Shuib lagi, mereka pernah berg4duh gara-gara isterinya itu takut dij4ngkiti Cvid-19 selepas dia keluar bertemu seorang rakannya atas urusan bisnes sebelum ini.

Susulan pemergian isteri tercintanya, Shuib menekankan kepada orang ramai agar mengambil langkah perlindungan diri dengan sunti.kan v.aksin.

Shuib yang muncul dalam sesi siaran langsung (Live) petang tadi berkata, apa yang berlaku kepada Siti Sarah membuatkan hatinya tersentak kerana isterinya itu belum menerima suntikan vak.sin.

Disebabkan itu, doktor yang merawat memaklumkan bahawa keadaan isterinya sangat t.eruk apabila paru-parunya hampir semua dij4ngkiti vir.us C0vid-19.

“Paru-parunya hampir dijangkiti pada semua bahagian. Sampaikan paru-parunya tak boleh bekerja untuk pam oksigen, sekali gus menyebabkan semua organ gagal berfungsi dengan baik.

“Kemungkinan sebab vaksin, sebab dia belum ambil suntikan, wallahualam. Tadi di hospital, ada seorang jururawat minta saya kongsikan tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya dengan vaksin, mungkin dapat bantu,” katanya.

Tambah pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad itu lagi, dia pada awalnya sangat yakin Siti Sarah berada dalam keadaan sihat meskipun sedang dirawat di hospital.

Bagaimanapun, apa yang sering didengarnya daripada doktor adalah paru-paru Siti Sarah sudah dipenuhi dengan virus Covid-19 sehingga menyebabkan organ tersebut tidak boleh berfungsi.

Disebabkan itu, Shuib mengingatkan semua orang agar menjaga kesihatan dan mengambil vitamin C serta tidak mengamalkan sikap sayangkan duit jika melibatkan hal kesihatan.

“Saya ingat lagi, ketika dalam ambulans sewaktu nak bawa isteri ke hospital swasta, tetapi semuanya penuh. Sedangkan keadaannya sudah teruk pada waktu itu.

“Dalam hati saya terfikir, duit banyak mana sekali pun takkan boleh kembali sihatkan isteri saya. Dengarlah cakap saya. Jaga kesihatan, sebab saya dulu sejenis yang tidak menjaga sangat bab-bab itu. Sekarang saya sudah amalkan makan vitamin C dengan banyak,” katanya lagi.

Pada masa sama, Shuib menyarankan agar semua orang menyediakan alat bacaan tahap oksigen, Oximeter di rumah untuk membuat pemeriksaan paras 0ksigen sendiri.

“Dahulu, tahap oksigen dia turun ke 93, kadang-kadang 94, tapi saya cakap okey kepada dia. Bila lambat bawa dia ke hospital, akibatnya saya kehilangan dia hari ini.

“Beli alat itu. Kalau bacaan oksigen turun, terus pergi hospital. Dulu saya pun orang yang tak berapa percaya kepada Cvid-19, tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri, barulah tahu,” katanya.

Siti Sarah, 37, menghembuskan n4fas terakhir pada pukul 5.13 pagi tadi (Isnin) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari ditidurkan akibat j4ngkitan Cvid-19.

Tonton Video :

Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.