Luna Maya

Terkejut tengok reaksi beribu penonton bila Abam Viva buat live di aplikasi tiktok

Nama pemuda berhati murni, Azwan Omar atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ terus mendapat tempat di hati warganet sejak beberapa hari lalu sekali gus masih trending di laman Twitter.

RAKAMAN VIDEO SIARAN LANGSUNG ABAM VIVA DI BAWAH SEKALI

Terbaharu, seorang individu @rafiquemuzhaffa memaklumkan khutbah Jumaat hari ini turut menitipkan doa buat pemuda berusia 29 tahun itu selepas misi bantuan banjir dilakukannya tular di media sosial.

Masa khutbah imam baca doa for Azwan Omar, abang Viva.

“Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja”

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan imam masjid mana yang membacakan doa tersebut. Malah, ada juga individu mendakwa sifat kebaikan Azwan disebut-sebut di beberapa lokasi masjid antaranya di Masjid Negara.

“Masa khutbah, imam baca doa untuk Azwan Omar, abang Viva. ‘Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja’.

“Jemaah satu masjid doakan untuk dia, mungkin satu Kuala Lumpur kalau khutbah dan doa diseragamkan,” tulis @rafiquemuzhaffa.

Abang Viva, nama dia disebut sewaktu khutbah Jumaat today in a few places.

Orang2 camni lah yg kita kena doakan pd setiap solat Jumaat. Mereka berbakti untuk ummah. Mereka contoh Islam yg baik.

Punyalah power brader Azwan Omar ni datang tolong orang banjir, nama dia disebut dalam doa kat masjid negara.

Sementara itu, seorang lagi individu @ushardaniele memuat naik satu ciapan meminta orang ramai sekiranya terdapat nombor telefon bagi menghubungi Azwan kerana mendakwa pihak Perodua mencari pemuda berkenaan.

Seorang netizen berkongsi berkenaan sesi siaran langsung di Tiktok yang menggunakan akaun atar1.8.

Ketika siaran langsung tersebut, Azwan menjawab soalan-soalam dari netizen dengan penuh humble.

Dalam masa yang sama juga dia turut menjelaskan masih belum berjumpa dengan usahawan terkenal yang ingin memberi hadiah kereta kepada beliau.

Difahamkan pemilik akaun tiktok merupakan sahabat baik kepada Azwan. Netizen turut menyeru Azwan untuk membuat akaun tiktoknya sendiri supaya mudah untuk mengikut perkembangan beliau.

Sumber:Belumbalik.com dan Tiktok atar1.8

Leave a Reply

Your email address will not be published.