Luna Maya

Terkjut nampak kelibat 3 budak kecil di kubur wktu malam. Puncanya buat ramai sebak, Salam takziah buat keluarga

Kehilangan insan tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan satu momen yang sangat pedih dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Itu lah perasaan yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak kecil ini apabila merindui arwah ibu tersayang sehingga sanggup pergi ke kubur arwah pada waktu malam.

Berdasarkan perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Syaffiq S.Salleh menceritakan pengalamannya apabila dipertemukan dengan beberapa orang kanak-kanak di kawasan perkuburan. Kisah itu bermula apabila Syaffiq bersama beberapa individu lain berada di sebuah kedai berdekatan dengan kawasan perkuburan itu.

 

Nampak kelibat budak-budak tengah main kat pagar kubur, dengan lampu suluh kecik. Lampu telefon. Cepat-cepat la aku pergi tengok takut ada apa-apa pulak. Tengok budak kecik 3 orang.

Mereka kemudian terlihat sosok tubuh tiga orang kanak-kanak di kawasan kubur yang gelap dengan cahaya lampu yang samar-samar. Syaffiq kemudian mendekati kanak-kanak terbabit dan bertanya mengapa mereka datang ke kubur pada waktu malam begini.

Tetapi alangkah terkejutnya apabila kanak-kanak itu menjawab mereka terlalu merindui arwah ibu yang dipercayai baru sahaja meninggal dunia.

Kakak minta maaf

Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak terbabit juga dikatakan mengusap tanah kubur arwah sambil meluahkan rasa rindu. Difahamkan, arwah dipercayai meninggal dunia empat hari selepas melahirkan anak ketiganya.

Tambah Syaffiq lagi, kesemua kanak-kanak itu dikatakan ‘telah curi-curi’ keluar dari rumah mereka untuk ke kubur tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain.

Menurutnya, ahli keluarga sedang sibuk menguruskan majlis tahlil yang akan berlangsung pada malam itu.

Sumber: Syaffiq S.Salleh, Ohbulan

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga. Semoga tabah hadapi dugaan ini. Alfatihah..

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *